Make your own free website on Tripod.com
12 HARI / 9 MALAM
PAKEJ UMRAH


Hari 1
Kuala Lumpur - Jeddah
Berlepas dari KL terus ke jeddah. Anda diminta berada di KLIA selewat-lewatnya 3 jam sebelum berlepas. Wakil kami akan berada di KLIA bagi meguruskan penerbangan anda.


Hari 2
Jeddah - Madinah

Tiba di Jeddah anada akan disambut oleh wakil kami dan akan menguruskan perjalanan anda ke Madinah dengan bas berhawa dingin . Tiba di Madinah anda akan dibawa ke tempat penginapan. Anda boleh lah berehat sementara menuggu waktu solat zuhur di Masjid Nabawi.


Hari 3
Madinah

Selepas sarapan anda akan dibawa menziarahi makam Rasulullah S.A.W, makan Saidina Abu Bakar R.A dan makan Umar Al-Khattab R.A. Anda juga akan dibawa menziarahi ke tempat-tempat yang bersejarah di sekitar madinah dan berakhir di Pasar Tamar.


Hari 4
Madinah - Jeddah - Mekkah

Anda diminta bersiap-sedia memakai ihram dan mengerjakan Ziarah Wida'(ziarah selamat tinggal di Makam Rasulullah) dan seterusnya berniat di Masjid Nabi untuk mengerjakan umrah(bagi mengelakkan dari terlupa untuk berniat apabila sampai di Miqat nanti). Tiba di Mekkah anda akan di bawa ke tempat penginapan untuk berehat sebentar dan anda bolehlah menyempurnakan ibadat umrah di Masjidil Haram


Hari 5
Mekkah

Anda akan dibawa menziarahi ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Mekkah, Arafah, Mudzalifah dan Mina sehingga berakhir di Jaaranah. Anda bolehlah berihram di Jaaranah jika ingin mengerjakan ibadat umrah sekali lagi


Hari 6-10
Mekkah

Acara bebas. Anda dinasihatkan untuk mengambil peluang keemasan untuk semasa diMekkah bagi memperbanyakkan beramal ibadat, tawaf dan mengerjakan umrah setakat yang terdaya.


Hari 11
Mekkah - Jeddah

Selepas sarapan anda diminta mengerjakan Tawaf Wida' (Tawaf selamat tinggal) dan terus bertolak ke Jeddah dengan bas. Jika berkesempatan akan dibawa bersiar-siar di sekitar Masjid Terapungsebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk menunggu penerbangan balik ke KL .


Hari 12
Kuala Lumpur

Tiba di KL pada awal pagi.


* Nota : Perubahan harga atau aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada jadual penerbangan dan keadaan di Madinah/Mekkah . Sebarang perubahan jadual akan diberitahu dari masa ke semasa.


Tempat penginapan:
2 Malam Madinah - Hotel Al-Jazerah atau setaraf
7 Malam Mekkah - Hotel Al-Heera Palace atau setaraf
*Lebih kurang 100m dari masjid
*Min 2 orang sebilik


Harga pakej umrah adalah termasuk:
*Tiket penerbangan kelas ekonomi dari KL- Jeddah - KL
*Cukai airport
*Pengurusan Visa umrah
*Pengangkutan dengan bas berhawa dingin ke Madinah dan Mekkah
*Penginapan di Madianh dan Mekkah
*Makan dan minum 3 kali sehari seperti didalam aturcara.
*Mutawif
*Lawatan (ziarah) dan pengangkutan dalam aturcara

Dokumen yang diperlukan untuk memohon visa:
*Pasport antarabangsa yang sah dan laku sekurang-kurangnye enam bulan dari tarikh penerbangan.
*3 keping gambar berukuran pasport.
*Buku suntikan Anti Meningitis/Meningococcal.
*Salinan sijil nikah bagi suami isteri
*Salinan sijil lahir bagi kanak-kanak yang turut serta.
*Surat akuan muhrim dari masjid atau Jabatan Agama Islam yang berdekatan bagi wanita perseorangan yang turut serta.